Wednesday, March 30, 2011

Mak cik Cleaner..

Adus penin (symptom2 biasa dikala final exam..huuu ).. semalam tido awal lagi, then terbangun kol 2 30 am..pastu dah xleh lelap mata..lepas mentelaah sekejap..badan dah gigil2.. tangan dah peluh2 (effect nescafe..aduss)..lepas subuh ingat nak tdo kejap..mata xleh nak tutup.. bukak laptop.. update belog la..hehe.. =P

Mak cik cleaner ni awal2 pagi lagi dah ader kat UIA..time internship dulu (kene bangun awal sebab nak pegi kerja.)..selalu nmpak makcik2 ni smpai UIA dalam pukul 6 - 630 am ..rajinnye diorang..pukul brapa la diorang bangun yer.. cuci tandas..cuci longkang asrama..pernah pulak ternampak makcik2 ni cabut pokok2 renek yang dah tumbuh subur kat dalam box..pastu tanam ngn pokok baru..(terfikir..makcik2 ni xder kerja ke? pokok tu da hidup subur dah..dicabutnya..terpaksa pulak tunggu pokok baru tuh hidup pulak..)..mungkin superior yang suruh kot.. hmm.. ape2 pon.. aku pernah terfikir..bersungguh2 mereka bekerja..kekadang kene jeling je ngn bdak2 asrama ni..kalau air sampah yang diorang angkut tu menitik..budak2 asrama merungut.. terpaksa diorang lap balik air sampah tu..x bagi berbau.. tiap2 hari tu je la kerja diorang.. gaji pon xseberapa.. tapi sebab nak cari rekezi halal.. mak cik cleaner jjang~!

bila dah dekat waktu nak grad ni.. dalam kepala asyik berlegar soalan.. nak kerja apalah aku lepas ni.. bukan aku sorang je..rakan2 yang lain pon sama.. siap ader yang post dalam fb..

"If You Want An Open Career, Do Engineering. You Won't Know What You End Up Doing. p/s: I wonder what will I do~ (1.47pm) (boss,2011)."

Dah belajar 6 tahun bagai nak pecah kepala..dekat2 nak grad takot xdapat kerja pulak.Seram jugak kekadang dengar..budak2 lepasan engineering ni bnyak menganggur or kerja kat tempat yang xberkaitan dengan lansung dengan ijazah diorang. hmm.. tapi tape lah.. Allah kan ada.. =)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.” (
Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani
)

rakan2..jangan risau ye..insyaAllah..aderlah rezeki di mana2 tuh..<^.^>.. keep on berusaha untuk cari kerja..dah penat belajar 6 tahun.. sekarang ni time cari kerja pula..huuu~

gambar ni time apply kerja bersama atul, kak umi dan kak fai..tgk..bnyak booth diorang buka..
dalam bnyak2 booth ni..moga2 tersangkutlah satu..ameen..

selain berusaha.. marilah kita berdoa.. ingin berkongsi doa ni bersama rakan2..


"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".. ameen..

jam di laptop dah menunjukkan 7 30 am..time to smbung menelaah semula.. aja-aja fighting~!..



No comments: