Friday, September 23, 2011

denyut2 ~

Alhamdulillah.. hilang da sakit kepala..semalam drive seharian suntuk (xde la seharian sangat..start keluar tengahari).. picked up ija dari sekolah..pegi gunting rambut sebelum fly...

anonymous : rasa2.. ada kedai gunting rambut muslimah area2 kedai tuh..
saidatul : ye kee? waa best nye..

dan apabila dengan yakinnya..drive sesorang ke kedai tersebut..terlihat tanglung merah tergantung kat depan pintu..aiyyakk..betulka ini kedai gunting rambut muslimah?ha ha.. isk..masuk je la kan?

'alooo..selamat latangg!'.. sah kedai cina!.. ha ha.. mujur semuanya perempuan..alang2 da dtg..mls nak patah balik..yg lawaknye.. cina2 perempuan tuh tolong cover kot2 laki nak masuk..
' kalau ada lelaki mau masuk..saya kasi dia balik dulu la..lu jgn lisau'.. ha ha..

dan.. sakit kepala sejak tngahari..berlanjutan smpai ke petang..lepas maghrib..terus telan 2 biji panadol..dan..zZZZZz.. Alhamdulillah.. bngun pagi2..dah xdenyut lagi...terbangun pukul 5 pagi untuk solat isya..huhu..setiap yg sakit mesti ada sembuhnya.. kalau sakit kepala xberenti2 ..haa..mcm mana? Alhamdulillah ya raBB..jadikanlah kami hamba Mu yang sentiasa bersyukur..

Oh..teringat doa bila di timpa musibah..ada kisah untuk doa ni.. kisah salah seorang isteri Rasulullah..Kisah Ummu Salamah..salah sorang isteri Rasulullah..sebelum dia menjadi isteri Rasulullah..kisahnya begini....

Umurnya sudah lanjut (70 tahun) dan kematian suaminya,Abu Salamah. Dia berasa sungguh sedih kerana terlalu sayang kepada suaminya itu. Siang dan malam matanya tidak boleh tidur. Tiba2 dia teringat suaminya pernah memberitahu, jika di timpa sesuatu musibah Nabi Muhammad SAW mengajarkan membaca zikir ini.

'Allahuma jurnii fi musibatii wakhluf liya khairan minhaa'

'Ya Allah, berikanlah aku pahala dalam musibah ini, dan gantikanlah aku dengan yang lebih baik daripadanya'

Ummu Salamah terus membacanya siang dan malam.Selepas habis edahnya, dia dilamar oleh Syaidina Abu Bakar r.a, tetapi ditolaknya.

Kemudian Ummu Salamah dilamar Syaidina Umar Ibni Al Khattab, namun dia menolak lamaran itu. Akhirnya Rasulullah menghantar orang untuk melamarnya, namun dia menolak dengan alasan sudah terlalu tua, ramai anak dan pencemburu orangnya. Namun Rasulullah tidak keberatan, mka berlangsunglah perkahwinan Ummu Salamah dengan manusia yang paling baik didunia sebagaimana permintaannya di dalam zikirnya sebelum ini.
SubhanaAllahh..!!

Alhamdulillah.. visa dah siap hari khamis lepas..tiket dah confirmed.. tunggu nak fly je ni.. May Allah ease everything.. debar2.. dup dup..

It s gonna be a hectic day also untuk hari ini.. nak g shopping barang2!!.. I have time for only this week untuk persiapan..! Semoga dipermudahkan Allah.. amiin

Maaf kak umi.. xsempat sngt2 nak pergi rumah Yanie..InsyaAllah.. lain kali kita date sama2 ye.. insyaAllah..moga2 ada rezeki untuk kita bertemu lagi.. T.T

nak pegi konvo UIA!!.. sob sob T.T



Wednesday, September 21, 2011

Tengah tunggu Visa.. hmmm~

hmm..MasyaAllah..lambat pula diorang nak issue Visa ni..kate cuma 3-5 hari je kalau xada masalah..petang tadi dah confirmkan ticket on 26th sept..naik Emirate.. if ada masalah dengan visa..nmpak gaya nak kene delay lagi la ni..kene bayar RM150 pula kalau nak delay.. adusss.. duit oh duit.. maaf abah ye..insyaAllah..nnti akak dah kaya..akak gnti balik ye..hehe.. <^.^>.. moga2 Allah permudaahh.. aminn..

Alhamdulillah..mujur ada org nak tunggu kat Airport Heathrow nnti....MasyaAllah..kalau minta pertolongan dari Allah..selalu dipermudah..

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Nabi saw. bersabda: "Allah berfirman: "Aku menurut dugaan hambaKu terhadap Aku dan Aku bersama dengan dia, apabila dia mengingati (menyebut) Aku. Apabila dia menyebut Aku dalam hatinya, nescaya Aku menyebutnya pula sendiriKu. Dan kalau dia menyebut Ku di hadapan orang banyak, nescaya Aku menyebutnya pula di hadapan orang banyak yang lebih baik Kalau dia mendekatkan diri kepada Ku sejengkal, nescaya Aku mendekat kepadanya sehasta. Dan kalau dia mendekatkan diri kepada Ku sehasta, nescaya Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan kalau dia datang kepada Ku berjalan biasa, nescaya Aku datang kepadanya berlari."

SubhanaAllah.. kasih sayang Allah itu amat besar ke atas Hamba2 Nya.. Ya RabB.. lindungilah kami daripada menjadi org2 yang sombong padaMu..Rabbi yassir wala tu'assir..

Kalau Visa siap minggu nie..tinggal lagi 5 hari je lagi nak fly! aa.. seramnyee.. sorang2 je kat sana!.. nk fly ni pon..xde kawan..tapi nasib baik agent travel tu mentioned, ade few students Malaysia yg naik Emirates juga on 26th ni..Ya RabB..pertemukanlah aku dngn mereka di KLIA nnti.. >.<

Masa kat UIA dulu..aku ada nadiatul,kak umi, kak fai, citah..dan rakan2 yg lain.. but this one is totally different..! now.. i ll become a foreigner!.. aaa! mcm2 perasaan berbaur...tape2..Allah kan ada.. *mode tenangkan diri..terasa mcm mimpi pula.. *cubit pipi~

InsyaAllah...moga2 dipermudah semua urusan di sana nnti..semoga Allah pertemukan aku dengan rakan yg sejiwa di UK..yang dpt remindkan aku pabila terleka..just like my beloved frens di Malaysia..aah..im gonna miss them soo much.. kak umiii, nadiatul,kak fai, citah, murni, and ada!

AGD ECE : 25th March 2011 - really miss my student life at UIA


Friendships which can never be replaced <^.^>

Beruntungnya bagi mereka yang beriman.. setiap pertemuan tiada ungkapan perpisahan..doa di titip pabila kerinduan..ukhuwah moga berkekalan hingga ke syurga idaman..amiin.. Guyz.. Ukhuwah fillah for ever.. insyaAllah~ <^^,>

ya RabB..moga dipermudah semua urusan.. amiinnn..

Saturday, September 17, 2011

~ya RaBb....Lindungilah aku daripada kemurkaanMu~

Rasa cinta pasti ada

Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Renungkanlah..

Perasaan insan sama
Ingin cinta dan dicinta
Bukan ciptaan manusia
Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri
Segala yang Tuhan beri


(Renungkanlah,Hijjaz)


SubhanaAllah.. maha suci Allah yang menciptakan perasaan kasih sesama manusia...Ya RabB..seandainya perasaan yang Kau kurniakan ini menjadikan aku lalai kepadaMu.. ampunilah aku ya Khaliq.. gantilah ia dengan rasa cinta,kasih dan rinduku...hanya pada Mu..wahai tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang...kasihanilah Hambamu yang lemah ini ya RabB..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..ya Allah..dan seandainya telah Kau catatkan dia milikku, tercipta buat ku..satukanlah hatinya dengan hatiku..Titipkanlah kebahagiaan antara kami..Agar kebahagiaan itu kekal abadi..


Tetapi ya Allah..Jika telah Kau taqdirkan..dia bukan milikku..Bawalah dia jauh dari pandanganku..Luputkanlah dia dari ingatanku..dan peliharalah aku dari kekecewaan..


Cukuplah engkau sahaja menjadi pemeliharaku..Di dunia dan aakhirat..Dengarlah rintihan hambaMu yang dhaif ini..


amiinnn....



Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Al-Imran:31)





Thursday, September 15, 2011

''Wahai tuhanku permudahkanlah dan janganlah kau susahkan''

salam all..

Alhamdulillah, finally, another update from me after a long time (kak umi dok gelak je kat blog aku setiap kali bukak blog ni ye?).. hehehe

Alhamdulillah.. i am officially called a GRADUATE (Bachelor of Engineering (Communication) (Honours)).. yahoooo.. thnx Allah.. after all the hardships for 6 yearss!! still cant forget my abah's motto ; ' nak merangkak ke nak tertunggeng ke.. 3 pointer and above k''.. Alhamdulillah bah, anakmu ini berjaya menyahut cabaran itu.. hehe.. Alhamdulillah ya Rabb..

And now,im just waiting to fly to UK..pursuing my Master degree pula .. Alhamdulillah.. rezeki yang x disangka2.. MSc Communication System Engineering at University of Portsmouth,UK.. its always been my dream to study abroad..but, am I still be dreaming? ya Rabb.. Thanks To You.. Ya Rahman.. Its no longer a dream.. This is real man!.. >.<..

Seram la juga.. sbb sorang2 ni.. ya Rabb..permudahkanlah urusanku.. hmm.. MARA pon x bagi money lagi.. so sume kene pakai duit sendirik.. berkerut juga muka abah bila aku minta nak bayar sewa la..sewa pula 300 pound..kalau kali 5? RM1500!!.. MasyaAllah..MasyaAllah..nak kene langsai PTPTN la (harap2 boleh pending dulu bayaran smpai aku bekerja nnti)..nak beli barang2 la.. masyaAllah.. kalau org yang x berapa senang? mcm mana ye? Mama kater..time die dolu2.. smpai siap gadai tanah..tu kalau ada tanah.. kalau xder? SubhanaAllah..sesungguhnya rezeki tu dtg dari Allah..kan?

so..on monday, nak kene hntar perjanjian..hopefully there will be no problems.. then i just have to wait for Visa application..hopefully, yang tu pon xde masalah juga...<^.^>

and the expected flight is on 26th sept..

.. Ya RabB.. permudahkanlah urusan ku..

Gonna miss my beloved frens(namely kak umi, kak fai, atul and citah) and family !...