Wednesday, March 30, 2011

Mak cik Cleaner..

Adus penin (symptom2 biasa dikala final exam..huuu ).. semalam tido awal lagi, then terbangun kol 2 30 am..pastu dah xleh lelap mata..lepas mentelaah sekejap..badan dah gigil2.. tangan dah peluh2 (effect nescafe..aduss)..lepas subuh ingat nak tdo kejap..mata xleh nak tutup.. bukak laptop.. update belog la..hehe.. =P

Mak cik cleaner ni awal2 pagi lagi dah ader kat UIA..time internship dulu (kene bangun awal sebab nak pegi kerja.)..selalu nmpak makcik2 ni smpai UIA dalam pukul 6 - 630 am ..rajinnye diorang..pukul brapa la diorang bangun yer.. cuci tandas..cuci longkang asrama..pernah pulak ternampak makcik2 ni cabut pokok2 renek yang dah tumbuh subur kat dalam box..pastu tanam ngn pokok baru..(terfikir..makcik2 ni xder kerja ke? pokok tu da hidup subur dah..dicabutnya..terpaksa pulak tunggu pokok baru tuh hidup pulak..)..mungkin superior yang suruh kot.. hmm.. ape2 pon.. aku pernah terfikir..bersungguh2 mereka bekerja..kekadang kene jeling je ngn bdak2 asrama ni..kalau air sampah yang diorang angkut tu menitik..budak2 asrama merungut.. terpaksa diorang lap balik air sampah tu..x bagi berbau.. tiap2 hari tu je la kerja diorang.. gaji pon xseberapa.. tapi sebab nak cari rekezi halal.. mak cik cleaner jjang~!

bila dah dekat waktu nak grad ni.. dalam kepala asyik berlegar soalan.. nak kerja apalah aku lepas ni.. bukan aku sorang je..rakan2 yang lain pon sama.. siap ader yang post dalam fb..

"If You Want An Open Career, Do Engineering. You Won't Know What You End Up Doing. p/s: I wonder what will I do~ (1.47pm) (boss,2011)."

Dah belajar 6 tahun bagai nak pecah kepala..dekat2 nak grad takot xdapat kerja pulak.Seram jugak kekadang dengar..budak2 lepasan engineering ni bnyak menganggur or kerja kat tempat yang xberkaitan dengan lansung dengan ijazah diorang. hmm.. tapi tape lah.. Allah kan ada.. =)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.” (
Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani
)

rakan2..jangan risau ye..insyaAllah..aderlah rezeki di mana2 tuh..<^.^>.. keep on berusaha untuk cari kerja..dah penat belajar 6 tahun.. sekarang ni time cari kerja pula..huuu~

gambar ni time apply kerja bersama atul, kak umi dan kak fai..tgk..bnyak booth diorang buka..
dalam bnyak2 booth ni..moga2 tersangkutlah satu..ameen..

selain berusaha.. marilah kita berdoa.. ingin berkongsi doa ni bersama rakan2..


"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".. ameen..

jam di laptop dah menunjukkan 7 30 am..time to smbung menelaah semula.. aja-aja fighting~!..



Tuesday, March 29, 2011

di luar tingkap UIA..hujan.. Alhamdulillah


bagun2 pagi... dengar bunyi dropping air kat luar..ooh.. hujan rupenye.. ingt nak smbung tido balik.. tpi kepala dah pening sebab tdo awal semalam..bngunlah~ mandi2 dan solat subuh.. :) .. Alhamdulillah.. setelah panas berhari2 sampai saket kepala.. Allah turunkan hujan pula..

"ketika menerima sesuatu yang buruk,
ingatlah saat2 kita menerima sesuatu yang baik "

kat luar masih gerimis..Subhanallah~ aku bukak jer la tingkap luas2..kalo nyet datang masuk.. aku bagi je roti ngn air nescafe lebihan sarapan tadi..pagi2 ni nyet mesti lapar..hehe (hissh..~ jngn sebut2..nnti dtg betol2..naya jer..) =P .. sejuknya pagi ni.. terbaca satu belog.. dia tulis :

Bersama Kesulitan Ada Kemudahan

Wahai manusia, setelah lapar ada kenyang,
setelah haus ada kepuasan,
setelah berjaga ada tidur yang lena, dan setelah sakit ada kesembuhan,
Setiap yang hilang pasti ditemui, dalam kesesatan akan datang petunjuk,
dalam kesulitan ada kemudahan, dan setiap kegelapan akan terang benderang.

"Mudah-mudahan Allah mendatangkan kemenangan atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya"
(Quran : Al-maidah 5;52)

dan setelah baca buku dengan bersungguh2, boleh jawab exam dengan jayanya..
(tally x? <^.^">)

oo..buku satellite depan mata..tapi setiap kali bukak mata terus nak lelap..isk2..tak pon.. tngn dok gatal main komputer.. (ni tengah tulis belog pulak dah).. hadow.. tape2.. jap lagi smbung balik baca buku.. bacalah walau satu ayat (adaptasi daripada : sebarkanlah walau satu ayat..hehe)

semalam g jumpa dr.khai.. tetiba dapat kerja free untuk final year project..GEDEBUB~ senang je dia tmbah kerja.. adow.. tensi2..

me and atul : BER ni xjadi la sir, cam mana yer..?
dr.khai : eyh salah ni..awak tmbah or ubah sket coding ni, sampai dapat output, senang je ni.. 2 hari boleh siap kan?
me and atul : ubah? hmmm.. (dalam hati.. 4 hari lagi kitorang da start final sir.. sempat ke)
dan2 je pastu atul balik rumah.. cari ketenangan..tape atul.. kita boleh.. yeah~! uhuk2..

kak umi pon dok ngdu2..simulation diorang xsiap2 lagi..siannye..result xkuar2 katenye.. pagi ni die kene g lab lagi untuk buat simulation.. isk2..

roomates sume xder.. pagi2 dah ke lab..final year project punye pasal....

final sem ni.. aku rasa cam agak tough sket.. maybe becoz our final year.. but someone said tat, final student biasanya rilek je.. isk2..

ya RABB permudahkan lah urusan kami2 ini..

UIA terchenta.. buat teman2 seperjuangan yang ku sayangi..namely : kak umi, kak fairuz, atul, citah.. all the best.. himne sayo~.. bertabahlah pada-Nya..kita boleh~! ni upload gmbar UIA (snap mase jogging time 3rd year kot..haha).. tatap puas2 yer.. nnti lepas ni rindu pulak.. hehe






Monday, March 28, 2011

renungkanlah..

this news captured my attention :

"TAMPIN: Hancur luluh hati seorang ibu apabila menerima berita anak lelaki yang ditunggu-tunggu kepulangannya sejak tiga minggu lalu, ditemui mati dalam keadaan menyedihkan kelmarin dalam sebuah gaung selepas terbabit dalam kemalangan, dipercayai pada 5 Mac lalu. Lebih menyayat hati, tubuh anak lelakinya yang berusia 27 tahun itu, Mohd Zaki Ahmudhi, sudah tinggal rangka ketika ditemui selepas terbenam selama 21 hari dalam sebuah lopak air dalam gaung di Kilometer 10 Jalan Gemas-Tampin, berhampiran Felda Sungai Kelamah."

Astgahfirullah.. kadang2 siapa tahu apa yang akan terjadi dalam hidup.. sedangkan cara mati pon kita xtahu.. kerdil sungguh manusia.. ya RAB IGHFIRLANA ..

uia yang dikelilingi bukit mengijau ni pon panas semacam sejak akhir2 ni... saket pale denyut denyut kalo time petang2..msyaAllah.. nak take nap sekejap pon xleh.. nak bukak tingkap.. takut monyet serang.. kelmarin dulu nyet bawak segerombolan sedara mara dia masuk tingkap nak berkenalan.. adus.. nyet nyet~


nak stadi.. mood x dtg2.. ya RAB.. 'Ya Rabbi yassir li hayaati' .. ni gambar bilik maser kat aminah dulu.. hehe..main upload je mana2 gmbar yang ader dlm lappy.. =P
k la.. nak try amek mood.. n nak baca buku.. exam da dekat (next week jer..).. aa takot2..

Sunday, March 27, 2011

titik bermula


atul : saed, aku bukak blog ko ritu...hmmmm
me: hahaha.. aku xupload pape la..<"^^.>
atul: ala.. ''bukan org nak baca pon"..

well..hehe.. bocoz of that magic words(quoted), may be i ll change? change--> untuk lebih aktif mengupload blog.. leh caya ke? muahaha..
anywayz,,

finally.. i ve reached the peak point.. last final exam gonna start next sunday (yea~! im gonna be free..~! ) huhu.. segala kenangan (masam,pahit,manis,tawar) selama 6 tahun ni.. kekadang berputar2 dalam minda.. hmm.. cepatnye masa berlalu...da dekat2 nak grad ni..minda rasa cam kosong..cam xpernah blaja pape pon selama ni.. hehe

but.. aa..cepat2 la abes blaja.. nak kerja.. nak dpat duit...n nak joli~!.. yeah~!! <^.^>.. is tat my real dream? =P..

ke UPM bersama rakan2 untuk apply master plak.. fuh.. cam naik kete flinstone..hehe